Thursday, December 20, 2012

BISUL



Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.








Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.




Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.
Simptom-simptom



Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.




Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Punca-Punca



Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.



Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.




Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.



Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.



Faktor-Faktor Risiko



Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.


Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan



Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.


Penyaringan Dan Diagnosis



Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.



Rawatan



Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.



Pencegahan

  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.




Tip Penjagaan Sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.




Rawatan Alternatif
  • Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
  • Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
  • Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.

Wednesday, December 19, 2012

KURMA


Phoenix dactylifera L (Date palm) belonging to family Arecaceae, called ‘Nakhla’

PENGENALAN 

Peranan ubat tradisional dalam arena kesihatan tidak ternilai sama sekali pada peringkat globilisasi. Tanaman ubatan terus meyumbang kepada nilai pengubatan (therapeutic agents) moden dan tradisional. 1) Dengan sebab kesan sampingan dari ubat moden, pengubatan secara tradisional terus mendapat tempat dan kepentingan dan menjadi sumber kajian perubatan secara saintifik berdasarkan kesan ubatan dari tanaman itu. 2). Pengkajian keatas tumbuhan ubatan sedang giat dijalankan dan maklumat tentang tanaman dan tumbuhan terus bertukar tangan. Pengkajian ini akan terus bergerak kearah eksplorasi saintifik agar penggantungan keatas ubat sentatik dapat dikurangkan. 3). Phoenix dactylifera L. (date palm) adalah diploid dengan 2n = 36, dari kempulan keluarga monocot Arecaceae digolongkan sebagai pokok dioecious tinggi dan sentiasa menghijau. 4) Buah kurma telah dituai di Asia Barat (Middle East) semenjak 6000 SM. 5). Pokok kurma telah menjadi lambang kemakmuran dan kedamaian orang Islam dan legendanya bertitik tolak dari kurun Judeo-Christian mythology.

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Date Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera L dari keluarga Arecaceae di panggil NAKHLA yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang muda. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. 

Kurma dipandang tinggi oleh Rasulullah saw kerana nilai kandungan makanan dan zat yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan buah kurma, tenaga yang diserap kedalam tubuh adalah serta-merta sedangkan gula yang terkandung didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa begitu juga dengan gula tebu atau gula pasir yang mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk diserap olih tubuh sebagai tenaga. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : 
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atas mu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka. Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

KHASIAT KURMA DALAM PERUBATAN.. 
Mengikut hasil kajian sains, khasiat kurma terbukti :

 Memanaskan badan
 Mencergaskan tubuh
 Mencerdaskan minda
 Membantu tumbesaran kanak-kanak
 Melancarkan perjalanan darah
 Menghindari barah
 Mencucikan hati
 Membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran

Tidak sahaja buah kurma, umbuk pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.

Jus kurma.

Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi, ia juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim al-Nasimy dalam buku tempoh mengandung dari segi perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, khasiat jus kurma antara lain: 

 Menolong mencengkam rahim sewaktu kelahiran
 Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kelahiran
 Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
 Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu.
 Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalakkan pertambahan susu.
 Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukkan darah dan sumsum tulang.
 Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.


Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria.

Tahukah Anda?


i. Kurma Mencegah Serangan Strok
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.

Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok.

ii. Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin / Pain Killer
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin.

Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat. orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 

iii. Komposisi Gizi
Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap. Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembik dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari) Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur. 

Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.

Phytokemistri
Figure 1. Phytochemical constituents of Phoenix dactylifera

Phytochemically keseluruhan tumbuhan ini menggandungi carbohydrates, alkaloids, steroids, flavonoids, vitamins dan tannins. Profile Phenolic dari tanaman ini menzahirkan kehadhiran terutamanya cinnamic acids (ferulic, sinapic dan coumaric acids dan bahan kesamaan seperti, 5-o-caffeoylshikimic acid juga dipanggil sebagai dactyliferic acid), flavonoid glycosides (luteolin, methyl luteolin, quercetin, dan methyl quercetin), flavanols (catechin, epicatechin) 12,13,14 . Four free phenolic acids (protocatechuic acid, vanillic acid, syringic acid, dan ferulic acid) dan nine bound phenolic acids (gallic acid, protocatechuic acid, p-hydroxybenzoic acid, vanillic acid, caffeic acid, syringic acid, p-coumaric acid, ferulic acid, dan o-coumaric acid) yang dikenali sebagai 15,16. Imbasan sepintas dari analisis chromatography (TLC) mendedahkan kehadhiran steroids yang dikenali sebagai cholesterol, stigmasterol, campesterol dan α-sitosterol. Anthocyanins telah dikesan hanya kurma yang segar. Analisis TLC juga menunjukan terdapat banyak carotenoid pigment dalam kurma dari jenis lutein diikuti dengan α-carotene 17,18 . Lagipun cecair Gas chromatography dari biji buah kurma menunjukkan kehadhiran minyak oleic, lauric, palmitic, Capric, myristic, myristoleic, palmitoleic, stearic, linoleic dan linolenic acids. Buah kurma menggandungi sekurang kurangnya enam vitamin ternasuk sedikit jumlah vitamin C, dan vitamins B1 (thiamine), B2 (riboflavin), nicotinic acid (niacin) dan vitamin A 19 . Enzim seperti phytase, invertase dan peroxidase telah diasingkan pada buah tamar 10. Kehadhiran estrone dan pollens 20,21juga dikesan dalam biji buah kurma kering. α-amirin, triterpenoids saponins dan crude gonadotropic substance 22 terdapat pada dedebu bunga dari pokok kurma selain bahan asing kimia seperti α-D glucan, heteroxylon, dan galactomannans 23,24,25. 

Senarai Surah Dalam Al-Quran Yang Menyebut
Tentang Kurma
 Bilangan Ayat


Maryam 23-26
Al-Baqarah 266
Al-Nahl 11&67
Al -Mukminun 19
Ash-Shu’araa’ 148
Faatir 13
Al- An’am 141
Al- Ra’d 4
Yaasin 34
Qaaf 10
Al-Qamar 20
Ar- Rahman 11&68
Al-Hasyr 5
Al-Haaqqah 7
Abasa 26-29
Al-Isra’ 91
Al-Kahfi 32
Taha 71



MADU LEBAH



Menurut Nabi s.a.w setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" - Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:


Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkan madu. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:


Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga (kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah dan lalat) untuk melakukan pendebungaan.

Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan, hitam, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.


Madu banyak dihasilkan semula dalam pelbagai warna, rasa dan bau oleh Lebah madu dengan cara memberi tumpuan kepada lebah – lebah kepada sesuatu jenis atau spisis tumbuhan sahaja, madu yang dihasilkan semula oleh lebah yang lain atau juga serangga yang lain meyebabkan madu itu mempunyai nilai kegunaan yang berlainan.

Lebah madu menghasilkan madu dari nektar yang dimakannya kemudian nektar tersebut dicerna dalam sistem pencernaan mereka. Madu yang terhasil merupakan cecair salivari atau air liur mereka yang kemudiannya disimpan sebagai sumber makanan utama bagi mereka dalam bentuk jeli atau lilin (wax) yang disimpan dalam sarang segi-enam (heksagon) mereka.

Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa. Ia mempunyai sifat kimia yang menarik (atraktif) untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6. Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi. Walaubagaimanapun, madu kadang-kala mengandungi endospora bakteria dari spesies Clostridium botulinum, dimana sangat merbahaya pada janin dimana endospora bakteria mampu menghasilkan toksin-hasilan bakteria dalam sistem intestinal janin pra-matang, yang membawa kepada penyakit dan seterusnya bolih membawa kepada kematian.

Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan bentuk (symbol) yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu. Ini kerana lebah mampu membawa caj elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.

Kelebihan Madu Juga Disebut Didalam Al-Quran

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai seranga biasa yang tiada nilai komersial maupun kedudukan, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Komuniti lebah amat dikenali sebagai satu kelompok komuniti yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung maupu memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Firman Allah dalam surah an-Nahl:


Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

KAJIAN-KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MADU LEBAH

Bagi negara-negara maju seperti Amerika, Rusia, Jepun dan United Kingdom, para saintis mereka telah mengkaji madu lebah semenjak ratusan tahun dahulu seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Negara-negara ini adalah di antara pengeluar dan pengeksport madu lebah terbesar di dunia. Bagi negara ASEAN pula tiada satu negara pun yang mengeksport madu lebah secara komersil. Indonesia mempunyai sumber madu yang banyak tetapi lebih untuk kegunaan dalam negeri sahaja.Tidak boleh disangkalkan lagi madu lebah adalah sejenis ‘ubat’ semulajadi tertua yang pernah diketahui yang Allah anugerahkan kepada manusia. Malahan sudah ribuan tahun manusia telah pandai memelihara dan menjinak lebah dengan menyediakan tempat membuat sarang lebah. Di zaman kegemilangan Rom dan Greek pula, madu dianggap suci, tanda kasih sayang dan kesuburan.

Semenjak tahun 1969, di Eropah telah wujud satu badan bertaraf suruhanjaya iaitu Codex Alimentarius Commission (CAC) yag berfungsi untuk memantau kualiti madu yang khusus keluaran dari Kesatuan Eropah (EU).

Pada tahun 1990, satu badan yang dikenali sebagai International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa telah di tubuhkan untuk menentukan kualiti madu lebah. Pada masa yang sama, Amerika dan Eropah juga masing-masing telah mempunyai tahap piawaian penentuan kualiti madu masing-masing cuma berbeza dari segi beberapa parameter piawaian sahaja. Di antara perkara-perkara yang diambil kira selain kualiti madu adalah penyakit-penyakit yang menyerang sarang lebah , penyakit lebah, benih-benih lebah, kebersihan ( hygiene), cara pembotolan dan kontaminasi.

Di dalam makmal antara parameter piawaian IHC ialah:

1. Kandungan lembapan (air) dalam madu-(moisture content)
2. Keasidan
3. Kandungan mineral
4. Hydroxymethylfurfural (HMF)
5. Aliran elektrik
6. Kandungan gula ringkas
7. Kandungan pepejal tak larut
8. Aktiviti enzim diatase
9. Kaedah tambahan seperti aktiviti enzim sukrase dan kandungan proline

Ukuran /Parameter

Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu

Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59"Panduan Memelihara Lebah Madu"

1. KANDUNGAN AIR

Sebelum tahun 1990, kandungan air semulajadi di dalam madu adalah parameter utama dan kriteria pertama untuk menentukan ketulinan dan kualiti madu. Tetapi setelah IHC ditubuhkan, parameter lain turut diambil kira sebagai standard penentuan sesuatu madu. Walau bagaimanapun, beberapa negara Eropah seperti Jerman, Belgium, Austria, Italy, Switzerland dan Sepanyol tetap mengutamakan kandungan air di dalam madu malah mereka kekal menetapkan kandungan air bagi madu Gred A ialah antara 17.5-18.5%. Manakala IHC pula menetapkan di bawah 20.5%.

IHC telah mengkategorikan madu dengan kandungan air kurang dari 17.5% adalah madu yang terbaik. Kandungan air di dalam madu dipengaruhi oleh kandungan air di dalam manisan bunga yang disedut oleh lebah dan jenis bunga; kerana ada bunga yang bersifat menyimpan air selain dari faktor cuaca dan iklim di mana bunga itu tumbuh.

2. Keasidan.

IHC telah menetapkan keasidan bagi madu tulin ialah di antara pH 3.5-4.5. Manakala CAC pula menetapkan pH 4.0-5.0. Keasidan ini akan memberikan rasa madu tulin sedikit masam. Kemasaman madu sangat ketara terutama lebah yang menghisap manisan bunga-bungaan dan buah dari pokok buah mangga, mempelam, langsat, manggis dan buah-buahan hutan. Anda boleh rujuk kepada pencari madu lebah hutan/kampung untuk mendapatkan kepastian. Kehadiran asid formik dan laktone adalah bahan yang menentukan keasidan madu.

3. KANDUNGAN MINERAL

Madu tulin, dengan izin Allah Yang Maha Pencipta, mengandungi paras kandungan mineral yang hampir sama dengan mineral yang terdapat di dalam darah manusia. Antaranya magnesium, sulfur, fosforus, klorida,ferum, kalsium, potasium, iodin dan sodium. Galian lain yang terdapat di dalam madu ialah kuprum, aluminium, nikel, silika dan lain-lain mineral dalam jumlah yang lebih kecil. Semua galian ini memberi fungsi secara fisiologi yang berbeza pada tubuh manusia. mengapa ada madu yang lebih ‘panas’ dan tidak didatangi semut. Malah ada maklumat terbaru yang mengatakan madu mereka akan ‘bernyala api’ jika dicucuh dengan mancis api!!. Ini pasti kandungan sulfur (belerang ) madu tersebut tinggi dan tentu madu tersebut lebih ‘panas’.

4. KANDUNGAN GULA DI DALAM MADU

IHC menetapkan madu tulin mengandungi sekurang-kurangnya 45% gula ringkas ( purata 56%) .Pada kebiasaannya ialah madu tulin terbaik mempunyai 60%-65% gula ringkas. Manakala gula sukrosa kurang dari 4.8% (purata 3.5%) dan yang terbaik kurang dari 0.5%.

5. HMF

Baru di perkenalkan pada awal 1990-an di mana HMF adalah indikator untuk menentukan madu ‘segar’ dan madu yang ‘overheating’. Madu yang baru dikutip mempunyai nilai indikator HMF sifar (0). Madu yang tidak disimpan di suhu bilik atau terdedah lama kepada cahaya matahari akan meningkatkan bacaan indikator HMF. HMF bergantung kepada cara penyimpanan madu dan ph madu. Adalah di nasihatkan supaya madu tidak didedahkan kepada cahaya matahari seperti disimpan dalam kereta dan terdedah pada panas matahari. Tetapi jangan pula disimpan di dalam peti sejuk kerana sifat madu yang menyerap lembapan akan menyebabkan kandungan air dalam madu akan bertambah. Nilai HMF bagi madu yang berkualiti ialah tidak melebihi 5mg/100g. Bagi negara yang beriklim sejuk, masalah HMF ini tidak begitu ketara.

Parameter lain yang diambil kira selain dari yang di atas ialah kekonduktivitian elektrik yang baru diperkenalkan dalam tahun 1996. Ia melibatkan ukuran yang mudah dan murah. Madu yang berkualiti mempunyai bacaan tidak melebihi 0.8mS/cm.
Sains Perubatan Telah Membuktikan Khasiat Madu"

Fakta sains perubatan mengatakan madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.

Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Beberapa Lagi Kelebihan Madu Menurut Sains Perubatan

 Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia

 Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

 Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)

 Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)

 Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)

 Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)

Penemuan dan kajian yang di jalankan oleh doktor-doktor, termasuk doktor pakar perubatan serta oleh ahli-ahli biologi yang merawat pesakit mereka dengan madu lebah. Kebanyakan mereka dari Rusia, Amerika, England, New Zealand dan dari Timur Tengah. Ada antara mereka telah membuat kajian secara serius dengan mengemukakan statistik dan ada yang melakukan untuk rujukan diri sendiri.

Madu sebagai antibiotik. Ada beberapa pengkaji yang membuat kajian madu sebagai antibiotik. Di antaranya adalah seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand telah berjaya menemukan ‘natural hydrogen peroxide’, NHP (Hidrogen Peroksida Semulajadi) iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria. Dengan kata lain, madu bertindak sebagai antiseptik. Satu kenyataan penting beliau ialah “ enzim dan asid amino yang terdapat di dalam madu yang mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, iaitu dikenali sebagai antiseptik”. Madu tulin dapat merawat luka atau bisul dengan amat berkesan. Bagi luka yang terbuka sebaiknya ditutup dengan kain gauze setelah disapu madu dan ditukar 2-3 kali sehari. Lakukan untuk 3 hari, termasuk luka yang disebabkan oleh kesan terbakar atau terkena air panas khususnya bagi kawasan luka yang tidak menyeluruh. Kajian Dr Molan ini agak menarik kerana tidak semua sampel madu yang diambil mengandungi paras NHP yang sama.Di mana beliau dapati ada madu yang lambat memberi kesan kepada luka yang dirawati. Ini adalah bukti yang menyatakan bukan semua madu tulin itu berkualiti. NHP hasilkan oleh enzim yang terdapat di dalam madu.

Sifat serap air madu telah lama di ketahui, ini disebabkan perbezaan kelikatan iaitu berlaku proses osmosis. Contoh mudah jika botol madu direndam air untuk menghalang semut, kita akan dapati madu tersebut semakin cair dan air semakin kering. Kesan serap air ini, akan menyebabkan bisul atau abscess yang bengkak bernanah akan cepat ‘kecut’ jika dibalut dengan madu. Dr. Molan juga membuat kajian di makmal di mana bakteria ‘streptococcus pygones’ iaitu bakteria penyebab sakit tekak, di mana bakteria ini tidak dapat membiak di dalam madu dan mati. Hiruplah madu dan simpan seketika di dalam mulut, InsyaAllah akan melegakan sakit tekak anda.

Madu sebagai anti-fungal, ahli mikrobiologi Rusia telah membuat kajian dengan sampel beberapa jenis fungal ( kulat ) dan didapati kulat ini tidak dapat membiak dan mati mengikut kadar masa yang berbeza-beza. Secara manual juga kita TIDAK akan dapat melihat kulat ‘melekat’ pada madu yang terdedah. Tetapi jika kita perhatikan dodol yang sangat manis sekalipun akan terdapat kulat melekat selepas beberapa lama. Ada beberapa orang doktor dari Rusia telah menggunakan madu untuk disapukan kepada jangkitan kulat (mycosis) di kulit dan kuku di mana didapati dapat menghilangkan jangkitan kulat tersebut.

Mengikut pendapat Dr Yusof Abas, Madu boleh diambil bersama dengan semua jenis ubat. Beliau tidak bersetuju dari beberapa buku penulis tempatan yang menyatakan madu tidak boleh dimakan bersama ubat darah tinggi, kencing manis dan ubat-ubat lain. Madu adalah makanan tambahan. Tetapi MUNGKIN madu yang diadun bersama rempah ratus atau bahan-bahan lain tidak sesuai dimakan bersama ubat-ubat hospital. Beliau juga mencadangkan kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan madu, agar jangan sewenang-wenangnya menyatakan madu boleh merawat kanser. Kanser adalah antara penyakit pembunuh utama, sebaiknya boleh menasihatkan sebagai rawatan alternatif yang diambil bersama dengan rawatan konvensional di hospital.

Madu sebagai Anti-ulser perut (gastric ulcer). Helicobacter Pylori ada lah bakteria yang menyebabkan ulser perut, kajian yang di jalankan oleh Dr Molan juga mengesahkan bakteria ini tidak membiak dan mati di dalam madu tulin dalam jangka masa dua hari. Beliau juga mendapati bukan semua sampel madu yang digunakan akan bertindak membunuh bakteria ini. Dr. Schacht dari Wiesbaden seorang ‘physician’ mengatakan pengalaman beliau di mana beberapa pesakit kronik ulser perut telah sembuh dengan mengamalkan madu tanpa memerlukan pembedahan.Terdapat seorang pesakit yang tidak sembuh dan beliau yakin bahawa madu yang digunakan itu tidak tulin seperti sebelumnya.

Adakah madu juga sebagai antibiotik??. 

Kajian-kajian di makmal telah mengesahkan banyak bakteria yang tidak dapat membiak di dalam madu malah ada yang mati beberapa minit. Kebiasaannya demam selsema di sebabkan oleh virus dan kemudian apabila imuniti badan kita telah menurun, bakteria demam selsema pula akan menyerang di mana demam semakin kuat, selsema pekat, batuk berkahak. Dengan minum madu saja, tidak memerlukan antibiotik bagi merawat demam selsema ini malahan demam dan batuk cepat sembuh.

Anti-diabetik. Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas antara 45%-70% dan gula kompleks (sukros) antara 0%-5%.

Mengikut penggalaman Dr. Yusof Abas, pengalaman beliau bersama dua orang doktor perubatan iaitu Dr Jamal Burhan,dari Uni. Iskandariyah yang kerap merawat pesakit gangrene ( luka busuk yang berwarna hitam) yang dihidapi oleh pesakit kencing manis. Beliau merawat dengan membalut luka tersebut dengan madu untuk tempuh waktu 2-3 minggu dan memberi minum madu tersebut, di mana dalam masa yang sama pesakit ini terus mengambil ubat kencing manis dan amat mengkagumkan gangrene semakin pulih dan paras gula masih terkawal malah pesakit memberi komen iaitu lebih bertenaga dan kebas-kebas jari semakin kurang (peripheral neuropathy). Dr. V.Temnov telah mengetuai satu ekspirimen di mana sebilangan pesakit kencing manis telah diberi makan madu tulin dan paras gula telah diperhatikan. Di dapati paras gula mereka masih terkawal dan beliau menyatakan paras gula tidak meningkat disebabkan gula ringkas dalam madu telah dikeluarkan secara perlahan-pelahan ke dalam salur darah dan berkemungkinan kandungan enzim, mineral dan bahan-bahan lain yang belum dikenali dalam madu yang menyebabkan proses SR (slow release) ini.

Anti-alergik. Secara peribadi, mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk saya memperkenalkan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit, biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan. Pengalaman saya kesannya amat mengkagumkan. Ramai saintis dan doktor perubatan yang telah membuat kajian terhadap pesakit-sakit alahan ini. Antara contohnya, Dr. William Paterson dari Ada, Oklahoma, bersama beberapa doktor lain telah membuat kajian tehadap 17,862 pesakit yang berumur di antara 21-60 tahun, yang di bahagaikan kepada 6 jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, astmatic bronchitis,bronchial asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga pneumonia. Hasil kajian mereka amat menakjubkan. Kesimpulan yang beliau buat sakit respiratori yang berkaitan dengan alahan cepat dan berkesan tetapi sakit radang paru-paru tetap memerlukan antibiotik untuk cepat sembuh.

Anti-hipertensi. Pesakit darah tinggi (hipertensi) mempunyai banyak pilihan, doktor-doktor perubatan juga mempunyai banyak pilihan untuk dicuba keatas mereka. Malahan hipertensi bukan sakit yang kekal , ianya boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menurunkan berat badan, aktif bersenam dan jaga pemakanan. Minum madu boleh membantu, belum ada kajian khas yang di lakukan terhadap pesakit hipertensi dengan meminum madu.

Anti-kolesterol, Dalam satu kajian oleh sekumpulan doktor dari Rusia ( tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan).

Anti-appetizer. Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan? Madu mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml (dua sudu besar). 700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan sehingga 2-3 jam..Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam. Jika minum satu sudu madu waktu pagi, anda mungkin akan terasa lapar pula di waktu tengahari.

Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.

Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.

Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri.

Tip mengenali Kualiti dan Keaslian Madu

Madu adalah produk lebah yang penuh dengan tanda tanya bagi manusia untuk memahaminya, sehingga kini masih ada tidak kurang dari berbelas jenis zat didalam Madu yang masih belum didefinisikan oleh ilmu pengetahuan modern dan belum diberi nama. Karena terbatasnya ilmu manusia, bagi membuktikan sama ada Madu itu asli atau tidak ia memerlukan kepandaian tersendiri. Namun setidak-tidaknya ada kesepakatan umum bahwa Madu dikatakan asli apabila dalam proses pembuatannya dari mula sampai ke hasil terakhir ia mesti tidak mengalami pencampuran dengan zat tambahan apapun – selain cairan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah tersebut. Madu asli memiliki komposisi kandungan zat tertentu (sebagian sudah dikenali pasti dan sebagian yang lain masih belum), maka keaslian Madu bolih di analisa melalui kandungan zat yang ada dalam Madu tersebut – yaitu pada zat yang sudah dapat dikenali.

Sejauh ini belum ada suatu Nilai Khas (standard) keaslian Madu diterima pakai diseluruh dunia, namun standar kualiti yang dipakai olih International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa pun tidak dapat diterima sepenuhnya olih Amerika dan Eropa. Di Malaysia belum ada satu badan khusus yang menggawal kualiti madu lebah, tapi pada kebiasaannya ia dirujuk ke MARDI dan akhir akhir ini pihak UM dan USM mula memainkan peranan secara tidak langsung kepada pengiktirafan pengeluaran Madu Lebah.

Terdapat bermacam macam jenis madu di pasaran tempatan sehingga tidak mudah mengenali yang asli dengan yang palsu, namun dengan mengerti sifat dan kandungan madu kita mampu menilai yang mana asli dan palsu serta kualiti madu yang mana baik dan tidak. Di antara Madu tiruan;

1. Pemalsuan JUMLAH,
dilakukan dengan menambah volume madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya dicampurkan gula/madu buatan yang relatif lebih murah kemudian diaduk.

2. Pemalsuan MUTU,
biasanya dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang tadinya tinggi, lalu diturunkan dengan pemanasan.

3. Pemalsuan MENYELURUH,

yakni madu yang dituntut sebagai “asli” wahal sebenarnya 100% buatan sendiri.

Secara mata kasar memang sulit membedakannya, diperlukan pengujian jumlah (kuantitatif) bagi menentukan keaslian madu. Hanya dengan ujian jumlah, maka madu dapat dikenal pasti sebagai dipalsukan atau ditambahkan sesuatu seperti apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik/turun, kadar abu menjadi naik/turun, daya hantar eletrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun, warnanya terang, madu mengandung PbCl2, PbSO4, anion dan kation.

Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimal 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasaman (pH) yang tetap berkisar 3,4 – 4,5, sedangkan pH madu palsu 2,4 – 3,3 atau diatas 5. Aktiviti enzim diuji pada madu asli berkualiti minimal 5 dengan kadar (ratio) Kalium (K) dan Natrium (Na) sekitar 4,0. Pada madu palsu rasionya 0,05-0,1. Madu asli memiliki sifat khas memutar optic ke kiri yang bolih diperiksa dengan alat polarimeter. Secara Am nya, madu asli dan palsu dapat dibedakan dengan melihat ciri khas fisikal madu asli
sebagai berikut :

1. Cara pertama, meneteskan madu pada selembar kertas.
Madu palsu akan mudah terserap kepermukaan kertas karena kandungan airnya tinggi.

2. Cara kedua, dengan mengoncang.
Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika digoncangkan.

3. Cara ketiga, mencampurnya dengan telur ayam.
Madu asli yang dicampur bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.

4. Cara keempat, dituang ke mangkok berisi air.
Madu asli akan terus jatuh ke dasar mangkok, sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.

Sayangnya, dimasa kini banyak madu palsu yang benar-benar menyerupai madu asli hingga cara-cara tersebut hanya bolih diambil sebagai panduan saja. Tipsnya adalah dengan membeli madu di tempat dan orang yang benar-benar dipercayai. Bila terpaksa membeli di tempat lain, bandingkan harganya, adakah lebih mahal atau murah dari yang kita pernah beli, dan bayangkan warnanya adakah sama seperti yang pernah kita beli.