Sunday, September 23, 2012

ALLAH MAHA KAYA ! TIPS KESIHATAN

ALLAH MAHA KAYA !









Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantun
g adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.

KHASIAT DURIAN BELANDA

BANYAK KHASIATNYA DURIAN BELANDA. 




Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu p

erusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.


Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

WallahuAlam



Bahagian Kegunaan Durian Belanda




Secara kasar keseluruhan tanaman : daun, buah, biji, kulit, akar dan bunga bolih digunapakai. 

• Buah: Buah amat dihargai dimerata tempat dalam dunia termasuk Malaysia, buah segar dimakan begitu sahaja,dibuat dalam jus manisan, dan dibuat ais kream 
Kini, ais krim disediakan daripada Durian Belanda (Annona muricata L.) di Amerika ia bolih didapati dibeberapa pasaraya dan kedai. Buah ini juga bolih disimpan dalam bentuk pati sirap atau ditinkan. Buah dalam tin juga bolih diguna pada bila bila masa untuk dibuat makan terus atau dikisar mendapatkan jusnya. Semenjak beberapa tahun yang lalu, pulpa Annona muricata L. telah di-tin –kan dan dijual di resotran restoran Mexico New York dan bandar-bandar lain di Amerika Syarikat Utara.

Di Pulau Virgin, buah-buahan digunakan sebagai umpan ikan.Buah yang kurang kandungan asam (asid) dan serat bolih dihiris atau dipotong dadu dan dicampurkan kedalam salad buah-buahan atau salad sayur-sayuran, atau disejukkan didalam peti sejuk dan dihidangkan sebagai buah pencuci mulut berperisa manis atau bersusu atau krim.

Diantara melebihi 60 spesies dari genus Annona, buah durian belanda (Annona muricata L.) adalah yang terbesar dan satu-satunya yang sesuai untuk pemprosesan dan pengetinan. Dalam penyediaan jus, pulpa dan beji diperah dan ditapis untuk mendapat kepekatan jus yang berkrim dan lazat yang kemudiannya akan digaul bersama-sama dengan susu atau air dan manis. 

Cara lain dalam penyediaan jus adalah dengan mencampurkan pulpa dan air panas menggelegak yang sama banyak dan kemudian ditapis dan diberi pemanis. Jika mengguna pengisar elektrik , pastikan kesemua biji-biji telah dikeluarkan terlebih dahulu, kerana ia bolih mendatangkan toksik jika dikisar bersama biji. 

Di Puerto Rico, jus durian belanda (Annona muricata L.) yang mengandungi 12% hingga 15% daripada pulpa dihasilkan apabila ditinkan. Jus ini boleh bertahan selama satu tahun atau lebih. Di Guatemala, jus berkarbonat disediakan sebagai pop soda. Di Indies Barat, dibuat minuman penapaian, atau yang serupa dengan cider juga disediakan. Di Filipina, jus pekat dihasilkan secara vakum, seperti mana susu pekat disediakan.

Kebiasaannya jus yang disediakan dari durian belanda ditambah warna semulajadi, hijau atau pink, untuk membuatnya kelihatan lebih menarik. Pulpa yang ditapis dicampur dengan arak wine atau brandy ditabur dengan buah pala . Begitu juga, jus Annona muricata L.dipekatkan dengan dicampur gelatin dan dihidangkan sebagai pencuci mulut yang lazat.

Jus yang diperolehi dari buah durian belanda digunakan sebagai diuretik dan sebagai penawar kepada hematuria (kehadiran darah dalam air kencing) dan urethritis. Diminum dalam keadaan perut kosong, jus ini dipercayai dapat mengurangkan penyakit-penyakit hati dan penyakit kusta. Daging segar buah asid ini digunakan sebagai penampal dan pembalut tempat yang melecur untuk sembuh kembali, tampalan ini dibiarkan selama 3 hari tanpa ditukar ganti. Dimakan atau diminum sebagai jus buah-buahan, buah ini digunakan sebagai usaha untuk memerangi cacing dan parasit, mengurangkan demam, meningkatkan susu yang dihasilkan oleh wanita selepas bersalin (lactagogue), dan sebagai astringen terhadap cirit-birit dan disentri. Buah-buahan ranum kaya dengan vitamin B1, B2, dan C, dan fosforus.

Di Republik Dominican, krim disediakan dengan buah-buahan ini. Mereka juga menyediakan pencuci mulut dengan memasak pulpa dalam sirap gula dengan kayu manis dan kulit lemon. Pulpa ini juga boleh digunakan untuk menyediakan tart, jeli, sirup gula memulihara (sugar syrup conserves), dan manisan ( nectar).

Buah-buahan yang belum masak secara tradisi dimasak dan dimakan sebagai sayur-sayuran di Puerto Rico. Di Indonesia, buah-buahan dihidangkan dalam sup. Di timur laut Brazil, buah-buahan yang belum masak dipanggang atau digoreng. Buah yang separuh masak(termasuk di kupas kulit), apabila direbus di dalam air selama sejam, akan menjadi lembut (tender), dengan pulpanya berwarna putih, gebu dan berkrim seperti tepung, dan baunya yang seakan bau jagung. Buah yang mentah (belum masak) adalah sangat asam dan pahit (astringen), dikisar dan dimasak digunakan sebagai ubat gangguan perut (disentri).

Di Amazonia Brazil, minyak diekstrak daripada buah-buah mentah dicampur dengan minyak zaitun dan digunakan secara luaran untuk sakit urat (neuralgias), sakit sendi (rheumatism), dan sakit peyambung tulang (arthritis). Di Jamaica, Haiti dan Indies Barat, keseluruhan buah atau jus yang diperolehi daripada buah-buah digunakan untuk mengurangkan demam,membunuh parasit dan terhadap cirit-birit, serta untuk meningkatkan rembesan susu ibu-ibu yang menyusukan bayi (lactagogue).

• Biji: Biji / benih mengandungi kira-kira 45% daripada minyak seakan berwarna kuning, yang merengsa racun yang boleh menyebabkan keradangan ocular. Biji yang dikisar digunakan sebagai ubat anti-cacing dan penghambat cacing dan parasit dalaman dan luaran. Benih juga telah digunakan untuk membunuh rama-rama dan lipas. Ekstrak biji Petroleum eter dan ekstrak biji kloroform adalah toksik bagi scarab larva hitam yang tinggal dalam permaidani dan louses kepala. Minyak biji durian belanda juga secara tradisional digunakan sebagai racun untuk menangkap ikan. Di Caribbean, tincture disediakan dengan biji dikisar halus dandicampurkan dengan rum keemasan (sejenis arak) sebagai ubat loya dan muntah muntah (emesis).

• Daun: Daun rebusan (decoction) digunakan untuk memerangi louses kepala dan pepijat katil. Rebusan ini juga digunakan sebagai ubat pelali (sedative), tekanan darah rendah (hypotension), anti-kramp (antispasmodic),, dan penenang (nervine) (merangsang tindakan saraf). Di Andes Peru, misalnya, daun Annona muricata L. digunakan sebagai teh terhadap radang membran mukus, seperti yang berlaku semasa selesema dan hidung berair. Di Amazonia Peru, daun digunakan untuk rawatan kencing manis, pelali dan melegakan kramp (antispasmodic).

Di Guyana, suku kaum asli yang menyediakan teh daun dan menggunakannya sebagai ubat pelali dan tonik untuk jantung. Di Amazonia Brazil, daun teh juga disediakan dan digunakan untuk rawatan penyakit hati, sedangkan minyak yang diekstrak daripada daun dan buah-buahan yang belum masak dicampur dengan minyak zaitun dan digunakan secara luaranubat sapu untuk sakit urat (neuralgias), sendi, dan sakit artritis. Minyak ini juga telah digunakan untuk kesukaran bersalin, asma, dan kehilangan tenaga luarbiasa (asthenia).

Dimerata tempat di Indies Barat, dun durian belanda (Annona muricata L) dianggap sebagai mempunyai ubat pelali atau ubat penidur (soporific). Di Guyana British, daun yang direndam dalam air dikatakan berfaedah kepada meyedarkan sipemabuk. Di Hollander Antilles, daun diletak didalam sarung bantal atau ditabur diatas katil agar dapat menghasilkan tidur malam yang nyanyak. Daun teh atau daun rendaman diminum agar dapat menikmati tidur yang nyanyak.

Di Ecuadorian daerah Esmeraldas, daun rebusan durian belanda diminum sebagai melegakan kesakitan dan kramp. Di Afrika, rebusan daun ini juga diberi dan diawas keatas anak anak yang demam; mereka juga dimandikan dengan air rebusan itu.

Di beberapa tempat di Barat Indies, rebusan akar lembut atau daun kebiasaannya digunakan untuk merawat penyakit hempedu (gallbladder), juga untuk selsama (colds), radang hidung dan paru paru (catarrh), cirit birit, penyakit usus (dysentery) dan masalah penghadaman (indigestion). Rebusan ini biasanya dikatakan “penyejuk darah” dan mampu menghentikan muntah dan membantu semasa kelahiran anak. Rebusan durian belanda juga digunakan sebagai takapan basah kepada tempat yang pedih dan kaki yang bengkak.

Daun kunyaan bercampur dengan air liur ditakap keatas tempat jahitan yang baru lepas perbedahan agar dapat menghilangkan bengkak disekitar tempat jahitan tanpa meninggalkan parut. Daun lumat digunakan sebagai bahan takapan (cataplasm) agar dapat melegakan tempat yang terlalu sentitif / terasa sakit (eczemas) dan masalah kulit dan sakit sendi (rheumatism) dan cecair dari daun diperah diatas kulit yang luka.

• Akar : Akar digunkan sebagai pelali, ubat kramp, tekanan darah rendah, ubat penenang (merangsangkan tindak balas saraf). Akar dibuat minuman secara teh. Secara tradisional akar digunakan sebagai racun untuk ikan. Dalam Peruvian Amazonia, akar juga digunakan merawat kencing manis (diabetes), ia juga digunakan sebagai pelindungan dari cacing dan kulitnya sebagai penawar kepada bisa.

• Kulit: Batang Kulit pokok telah digunakan di tempat penyamakan kulit. Batangnya juga telah digunakan, sebagaimana akar dan benih digunakan sebagai racun untuk menangkap ikan. Di Amazonia Peru, kulit kayu digunakan bagi merawat kencing manis, serta sebagai ubat pelali dan anti karamp (antispasmodic). Di Guyana, suku kaum asli yang menyediakan teh kulit kayu dan menggunakannya sebagai ubat pelali, minuman tonik jantung, penenang (perangsang saraf), penyakit jantung, sejuk, selsema, kesukaran bersalin, asma, kekurangan tenaga (asthenia), darah tinggi, dan terhadap parasit. Gentian kulit kayu telah digunakan dalam tekstil.

• Batang/Kayu: Kayunya pucat, berbau, lembut, ringan, dan tidak tahanlasak. Secara radisinya, kayu ini telah digunakan untuk membuat pengandar lembu, kerana kayu ini dikatakan tidak mencederakan tengkok haiwan. Di Colombia, kayu pokok durian belanda dianggap sesuai untuk membuat saluran paip air, tong –tong kayu dan kekuda. Kayu durian belanda juga digunakan untuk menghasilkan alatan-alatan dari kayu seperti peralat pertanian, pemegang dari kayu, dan alat pertukangan. Penganalisis tumbuhan di Brazil telah menyatakan bahawa kandungan selulosa (kanji) adalah antara 65% dan 76%, amat bagus dan berpotensi sebagai sumber pulpa untuk industri kertas. Akhirnya, kayu ini boleh digunakan sebagai sumber haba yang baik.

• Bunga : Bunga pokok durian belanda dikatakan dapat meringankan penyakit selesema. Ia memiliki bauan yang mendalam.

Ciri ciri Kandungan: 

Durian belanda (Annona muricata L.) di gunakan sebagai / untuk merawat:
• Penyakit kulit (dermatosis / dermatitis )
• Radang kulit (eczema )
• anti-kemurungan 
• anti cirit birit 
• anti cacing (helminthic)
• anti bakteria 
• anti kanser 
• pengecutan otot tersentak-sentak tidak sukarela; menyerupai kekejangan (anti convulsive)
• anti kulat 
• anti mikrobial 
• anti kesan dari kimotarapi ( anti neoplasic)
• anti parasitic 
• anti kramp (anti spasmodic)
• anti tumor 
• anti kuman / virus (anti viral )
• Pengecutan (astringen)
• Pembersih darah (blood depurative)
• cardiodepressor 
• Rawatan semasa kimotarapi (cytostatic) 
• Bahan yang racun untuk sel (cytotoxic) 
• Penyah toksik (detoxifier)
• Yang mengeluarkan peluh (mendorong peningkatan pernafasan) (diaphoretic)
• Gangguan penghadaman
• Gangguan usus (dysentery) 
• Gangguan pencernaan (dyspepsia)
• Menurunkan suhu badan (febrifuge)
• Tekanan darah rendah (hypotensive) 
• racun serangga 
• Penenang (nervine)
• Otot dada 
• Racun ikan (piscicide)
• Pelali (sedative)
• Masalah perut 
• Mengembangkan urat (vasodilator)
• Membunuh cacing (vermifuge)



Kajian dan Penyelidikan




Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo.

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Kajian yang dilakukan ke atas haiwan oleh beberapa penyelidik telah menunjukkan bahawa kedua-dua kulit kayu dan daun mempunyai hypotensive, aktiviti antispasmodic, anticonvulsive, dan vasodilator. Aktiviti Annona muricata L. sebagai pelancar penenang otot (muscle relaxant) dan penenang jantung (cardiodepressor) juga telah ditunjukkan dalam binatang. Aktiviti tekanan darah rendah melampau (hypotensive) dari Annona muricata L. telah ditunjukkan sekali lagi pada tahun 1991, dalam kajian yang dijalankan keatas tikus.

Penyelidikan keberkesanan tumbuhan durian belanda dan bahan kimia dari tumbuhan ini keatas penyakit kanser maseh berterusan, beberapa syarikat farmaseutikal dan universiti universiti maseh meneruskan penyelidikkan, kajiuji, paten dan cubaan mensintesiskan kimia ini kedalam ubatan dadah baru chemotherapeutic. Malah, Graviola seolah-olah mengikut langkah yang sama seperti ubatan dadah kanser lain yang terkenal seperti Taxol. Dimana, dari mula para penyelidik menemui kesan antitumorous didalam kulit kayu pokok yew Pasifik ini digelar taxol ditemui, ia mengambil masa selama (30) tiga puluh tahun untuk meyelidik oleh kebanyakan syarikat-syarikat farmasi, universiti, dan agensi-agensi kerajaan sebelum pihak FDA meluluskan buat pertama kali untuk dadah Taxol dijual kepada pesakit kanser (yang berdasarkan kimia semulajadi taxol mereka yang ditemui dalam kulit pokok).

Dengan Graviola, ia telah mengambil penyelidik hampir 10 tahun untuk berjaya mensintesiskan (membiak kimia) bahan kimia utama antitumorous annonacin. Bahan kimia acetogenin mempunyai pusat yang unik, berlilin dan sifat-sifat tenaga molekul yang unik yang gagal dikesan pada percubaan awalan, sekurang-kurangnya satu syarikat farmaseutikal yang terbesar telah berputus asa dalam proses ini (walaupun ia mengetahui bertapa aktifnya bahan kimia semula jadi ini terhadap tumor). Kini para saintis mempunyai keupayaan untuk mencipta semula kimia ini dan beberapa acetogenins aktif yang lain di dalam makmal, langkah seterusnya ialah untuk menukar bahan kimia sekadar cukup (tanpa kehilangan apa-apa tindakan antitumorous dalam proses) untuk menjadi bahan kimia yang boleh dipatenkan dan bertukar menjadi sejenis ubat kanser baru yang telah dipatenkan. (Sebab bahan kimia tumbuhan semulajadi tidak boleh dipatenkan.) 

Setakat ini, para ahli saintis gagal dan kecewa lagi, setiap kali mereka ingin menukarkan bahan kimia dari durian belanda kepada bahan tiruan agar dapat dipatenkan, mereka kehilangan banyak cirri-ciri dan unsur ubatan antitumorous.

Apa yang syarikat syarikat besar farmaseutikal inginkan adalah, seperti memajukan taxol pada sautu masa dahulu, membiar agensi agensi kerajaan seperti Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Kesihatan melangkah ke hadapan dan melancarkan penyelidikan kanser keatas manusia secara besar-besaran, kimia yang telah disintesiskan tapi belum dipatentkan, dalam masa yang sama syarikat farmaseutikal membangunkan ubat dadah kanser menggunakan penyelidikan yang dilaku dengan taxol dan mempatentkan hasilnya. 

Pada masa yang sama, ramai pesakit kanser dan pengamal kesihatan tidak menunggu sehingga para ahli saintis berjaya mensintesis dan mempatentkan hasil bahan kimia dari durian belanda (Graviola), mereka menambah daun asli dan batang Graviola (yang mempunyai melebihi 40 hasil semulajadi acetogenins termasuk annonacin) sebagai terapi pelengkap kepada protokol kanser mereka. Lagipu Graviola mempunyai sejarah lama penggunaan yang selamat sebagai ubat herba selama bertahun tahun, dan penyelidikan menunjukkan bahawa toksik acetogenins antitumorous hanya memilih sel-sel kanser sahaja itupun dalam jumlah yang kecil dan tidak meyerang sel sel sihat. Sementara penyelidikan mengesahkan bahawa acetogenins antitumorous ini juga berlaku dalam jumlah yang tinggi dalam biji buah dan akar Graviola, bahan kimia alkaloid yang berbeza dalam benih dan akar telah menunjukkan beberapa kesan neurotoksik in vitro yang awal. Penyelidik telah mencadangkan bahawa alkaloid ini mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit atipikal Parkinson di negara-negara di mana biji benih buah ini digunakan sebagai herba membunuh serangga (parasit) yang sama. Oleh itu, dengan menggunakan biji benih dan akar Graviola tidak adalah dinasihatkan pada waktu ini.

Sukatan (Dos) rawatan daun durian belanda (Graviola), (yang menawarkan jumlah yang sama tinggi acetogenins sebagaimana terdapat dalam akar dan biji) dilaporkan penggambilan sebanyak 2-3 gram, diambil 3 atau 4 kali sehari. Produk Graviola (kapsul dan tinctures) menjadi lebih meluas dalam pasaran Amerika Syarikat (AS), dan kini ditawarkan di bawah label pengilang yang berbeza, beberapa di kedai-kedai makanan kesihatan. Sebagai salah satu mekanisma Graviola bertinda untuk mendatangkan kesan adalah dengan penggambilan berulang kali supaya mengurangkan tenaga ATP kesel-sel kanse. Penggambilan ubatan sampingan bersama graviola bakal meningkatkan atau memperbaharui sellura (cellular) ATP dan akan menggurangkan kesan graviola. Makanan sampingan (supplement) utama yang meningkatkan ATP merupakan antioksida biasa, ia digelar Koenzim Q10 dan atas sebab-sebab ini, ia harus dielakkan apabila mengambil Graviola.

Petunjuk Berlawanan (Contraindications): 

• Graviola telah menunjukkan aktiviti perangsang pundi kencing (uterine stimulant) dalam kajian keatas haiwan (tikus) dan oleh itu tidak boleh digunakan semasa mengandung. 
• Graviola telah menunjukkan hypotensive, vasodilator, dan aktiviti-aktiviti cardiodepressant dalam kajian haiwan dan tidak sesuai bagi orang yang mempunyai tekanan darah rendah. Orang yang mengambil ubat antihipertensi perlu menyemak dengan doktor mereka sebelum mengambil Graviola dan memantau tekanan darah mereka dengan sewajarnya (rawatan memerlukan pengubahsuaian).
• Graviola telah menunjukkan sifat ketara antimikrob in-vitro. Kronik, jangka panjang penggunaan tumbuhan ini boleh membawa kepada bakteria baik dalam saluran pencernaan yang disebabkan dari sifat bahan antimikrob. Penggambilan sampingan / penambahan makanan ber-probiotik (probiotics) dan enzim pencernaan dinasihatkan jika tumbuhan ini digunakan untuk lebih dari 30 hari. 
• Graviola telah menunjukkan sifat-sifat yang menyebabkan muntah dalam satu kajian keatas haiwan. Satu sukatan (dos) tunggal besar boleh menyebabkan rasa mual atau muntah-muntah. Kurangkan penggambilan dengan sewajarnya jika ini berlaku. 
• Satu kajian keatas tikus yang diberi ekstrak batang kulit kayu secara dimasukkan kedalam perut (intragastrically) sebanyak 100 mg / kg dan dilapurkan peningkatan dalam dopamin, norepinephrine, dan aktiviti oxidase monomine, serta perencatan pelepasan serotonin dari sebab tekanan yang dialami oleh tikus.
• Pengekstrakan Alkohol dari daun Graviola tidak menunjuk sebarang kesan toksik atau kesan sampingan keatas tikus pada 100 mg / kg; Walau bagaimanapun, pada dos 300 mg / kg, penurunan pada tingkah laku keliaran dan sengugut sederhana pada perut diperhatikan. Jika berlakunya kemamaian atau mengantuk, kurangkan jumlah yang digunakan.

Rumusan :
Secara rengkas, durian belanda (Buah Graviola) telah diuji lebih dari 20 makmal, semenjak berpuluh puluh tahun dahulu, hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1) Anti Kanser (antiCancerous)
Acetogenins Annonaceous, sejenis bahan kimia yang ditemui dialam daun durian belaanda (Graviola) dikreditkan untuk menghalang enzim yang bertanggungjawab menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sel kanser. Daun ini mempunyai sifat menghalang pembentukan tumor dalam bahagian-bahagian berlainan dalam badan.

Ia mempunyai kebolehan yang unik untuk memburu dan membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel yang sihat mengeliling tisu kanser. Ia tidak memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan orang itu secara keseluruhan. Menurut Journal Produk Asli, yang menerbitkan satu kajian pada tahun 2002, fitokimia tertentu yang terdapat dalam daun Graviola kira-kira 10,000 kali lebih berkuat dalam membunuh sel kanser daripada mana-mana jenis ubatan / dadah chemotherapeutic.

2) Menghilangkan Kemurungan (Kicks Out Depression)
Daun Graviola terkenal kerana mempunyai banyak sifat yang dapat meringankan kemurungan. Daun ini adalah kaya dengan alkaloid tertentu. Ia bertindak dengan merangsang otak untuk menghasilkan beberapa tindakbalas kimia yang meringankan kemurungan, membuat orang itu merasa gembira dan rasa mencukupi. Walau bagaimanapun, ada kajian tertentu telah meyalahkan alkaloid ini kerana khusus telah menyebabkan penyakit Parkinson dengan menjejaskan sistem saraf apabila dimakan dalam satu jangka masa yang lama.

3) Meringgankan Tekanan Darah Tinggi (Alleviates Hypertension)
Daunn durian belanda telah digunakan selama bertahun-tahun untuk menormalkan tekanan darah tinggi, dengan ini, mencegah berlakunya tekanan darah tinggi, (yang dikenali "pembunuh senyap") mengakibatkan pembinasaan kepada kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri.

4) Anti seranga (Antimicrobial)
Daun durian belanda (Graviola) telah digunakan selama berabad-abad di negara-negara yang menghiasi sepanjang sisi hutan Amazon untuk menyembuhkan jangkitan yang disebabkan dari cacing, parasit, bakteria dan kulat. Ia juga mempunyai kemampuan untuk membunuh dan melupuskan mikroorganisma yang berbahaya daripada tubuh. Ini membantu dalam pembersihan sistem dalaman badan, membuang toksik dari badan secara semula jadi.

5) Anti radang (Anti Rheumatoid)
Daun durian belanda (Graviola) digunakan secara penggawalan (topically) untuk melegakan sakit radang dan bengkak yang dikaitkan dengan artritis reumatoid. Sifat antinociceptive yang terdapat dalam daun telah terbukti dapat mengurangkan rasa kesakitan pada haiwan.

6) Menyahkan Demam (Suppresses Fever)
Kaum Asli kepulauan Caribbean dan penduduk Haiti telah menggunakan jus daun dan buah untuk merawat demam. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Pangkalan Data Tumbuhan “Pemakanan Raintree Tropika” (Raintree Nutrition’s Tropical) , bahagian tumbuhan ini mempunyai ciri dan sifat menyejukkan suhu badan, yang memberikan kelegaan serta-merta.

Tindak Balas Ubatan (Drug Interactions) : 

Tiada lapuran dilapurkan; bagaimanapun, durian belanda (graviola) mampu meyebabkan ubat tekanan darah rendah (antihypertensive) dan tekanan jantung (cardiac depressant) meningkat tindak balas. Ia memungkinkan peningkatan tindak balas ubat anti kemurungan (anti depressant) dan mengganggu gugat dengan ubat penghalang MAO (MAO-inhhibitor).

Nilai Pemakanan bagi 100 g bahagian bolih dimakan *


Calories
61.3-53.1
Moisture
82.8g
Protein
1.00g
Fat
0.97g
Carbohydrates
14.63g
Fiber
0.79g
Ash
60g
Calcium
10.3 mg
Phosphorus
27.7 mg
Iron
0.64 mg
Vitamin A (B-carotene)
0
Thiamine
0.11 mg
Riboflavin
0.05 mg
Niacin
1.28mg
Ascorbic Acid
29.6 mg
Amino Acids:

Tryptophan
11 mg
Methionine
7 mg
Lysine
60mg
*Analisi dilakukan di Makmal FIM de Nutricion, Havana, Cuba.

Toxicity

Kehadiran anonaine alkaloid dan anoniine telah dilaporkan dalam spesies ini. Alkaloid Muricine, C19H21O4N (mungkin des-N-methylisocorydine atau methylcorydine des-N) dan muricinine, C18H19O4 (mungkin des-N-methylcorytuberine), dijumpai dalam kulit. Muricinine dipercayai sama dengan reticuline. Sejenis alkaloid yang tidak dinamakan berlaku dalam daun dan biji. Batangnya tinggi dengan asid hydrocyanic. Hanya sejumlah kecil yang terdapat dalam daun dan akar dan surihnya (trace) dalam buah. Bijinya mengandungi 45% minyak kuning bukan-pengeringan yang merupakan racun perengsa, menyebabkan inflarnmation mata yang teruk.

KANDUNGAN KIMIA (CHEMICAL CONTENTS)

Tumbuhan itu mengandungi banyak sumber (derivatif) bahantara (sesquiterpene): β-elemene, isocaryophyllene, β-caryophyllene, αhumulene, γ-muurolene, OC-selinene, α-muurolene, germacrene A, β-cadinene dan alkohol: elemol, (E)-nerolidol,spathulenol, globulol, epi-globulol, 1-epi-cubenol, d-epi-cadinol, á-epi-muurolol, dan pada-cadinol.

Cadinols, cadinenes dan caryophyllenes yang dikuasai dalam kedua-dua minyak. Perbezaan yang diperhatikan dalam komposisi kedua-dua sampel minyak berkenaan caryophyllenes. isocaryophyllene adalah lebih banyak berbanding isomer β-pada 6 pagi, manakala pada pukul 9 pagi perkadaran relatif telah dibalikkan. 6-cadinene lebih banyak pada pukul 9 pagi (9.1% berbanding 4.5% pada 6 pagi). Variasi analogi diperhatikan untuk tx-epi-cadinol (8.4% berbanding 4.1%).

Kompond Kimia (Chemical Compounds) : 

Kajian saintifik tentang sebatian bioaktif dalam Annona muricata L. bermula pada tahun 1940’an. Sejak itu, satu siri prinsip (principle) dan fitokimia aktif telah dijumpai dan disifatkan, dan tindakbalas perubatan semula jadinya telah disahkan melalui kajian saintifik.

• annocatalin
• annohexocin 
• annomonicin 
• annomontacin 
• annomuricatin A & B 
• annomuricin A through E 
• annomutacin 
• annonaceous acetogenins 
• annonacin (multiple iso, cis, one, etc.) 
• annonacinone 
• annopentocin A through C 
• cis-annonacin 
• cis-corossolone 
• cohibin A through D 
• corepoxylone 
• coronin 
• corossolin 
• corossolone 
• donhexocin 
• epomuricenin A & B 
• gigantetrocin A & B 
• gigantetrocin 
• gigantetrocinone 
• gigantetronenin 
• goniothalamicin 
• iso-annonacin 
• javoricin 
• montanacin 
• montecristin 
• muracin A through G 
• muricapentocin 
• muricatalicin 
• muricatalin 
• muri-catenol 
• muricatetrocin A & B 
• muricatin D 
• muricatocin A through C 
• muricin H 
• muricin I 
• muricoreacin 
• murihexocin 3 
• murihexocin A through C 
• murihexol 
• murisolin 
• robustocin 
• rolliniastatin 1 & 2 
• saba-delin 
• solamin 
• uvariamicin I & IV 
• xylomaticin

Alkaloids: annonain and annoniin.
Dalam kulit: muricin (mungkin des-N-methylisocoridin atau des-N-methylcoridin) dan muricinin (C18H19O4, mungkin des-N-methylcorituberin). Muricin dipercayai akan sama dengan reticulin. Kulit kayu yang kaya dengan asid hydrocyanic, manakala hanya jumlah yang pendek terdapat dalam daun dan akar dan kesan-kesannya dalam buah-buahan. Muricin dan muricinin mempunyai sifat racun serangga.




 Teh Daun Durian Belanda



Tujuan utama meminum teh dari daun durian belanda adalah untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Walaupun keseluruhan bahagian durian belanda dikatakan mampu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, namun  merawat dengan cara meminum teh dari daun durian belanda adalah cara yang paling berkesan terhadap kebanyakan masalah kesihatan, paling mudah disediakan dan boleh diambil oleh kebanyakan orang.

Ada yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau. 

Cara yang disarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun tua segar yang masih hijau tadi di dalam rumah selama 3 hari atau lebih, iaitu bukan di bawah sinaran matahari yang terus.

Sebaiknya daun yang disimpan hendaklah digunakan dalam masa tidak lebih dari 40 hari selepas diambil dari pokoknya. Ini adalah untuk memastikan khasiatnya masih pada tahap yang diharapkan apabila digunakan.

Ada beberapa cara untuk membuat teh dari daun durian belanda yang telah dikeringkan tadi. Cara di bawah adalah yang disarankan kerana ianya amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan dan juga amat mudah disediakan.

Bahan-bahan: (untuk sekali minum untuk seorang)
1) 250 ml air minum.
2) 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan.

Cara-cara:
1) Panaskan air minum hingga mendidih.
2) Bilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya.
3) Gunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan.
4) Tuang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug.
5) Biarkan teh sejuk / suam untuk diminum.

Untuk dos biasa, amalkan sekali sehari sebelum tidur malam. 
Sekiranya anda mencuba untuk merawat penyakit seperti kanser, cuba amalkan 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama, amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur.

Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai berkurangan. Jika kesakitan tiada perubahan selepas seminggu, rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat.

Untuk masalah kesihatan yang tidak mempunyai rasa sakit yang jelas seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, anda perlu memantau bacaan tekanan / kandungan gula dalam darah untuk mengetahui samada rawatan berkesan atau tidak.



AWAS PAKAIAN WANITA TERKINI

Awas! Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Bogel

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillahiminzalik!

Moga Allah melindungi kita semua.
Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadith di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya. Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri

Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki

Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadith tersebut menyatakan: “Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya

Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.

4. Tidak menghidu bau syurga

Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk Berubah
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21

AMALAN MENYAMBUT KETIBAAN HARI LEBARAN

AMALAN-AMALAN YANG TELAH DIAJAR OLEH RASULULLAH S.A.W SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN HARI LEBARAN AIDILFITRI.

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 

Kesempurnaan I
slam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa).
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1. BERTAKBIR

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

3. Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

6. Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

9. Tempat perlaksanaan solat hari raya

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

10. Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.



PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.


4 GOLONGAN LELAKI YANG DIBAWA WANITA KE NERAKA



Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel bicara agama ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul! Jika tidak, kaum wanita dari keluarga ka
mu akan menarik kamu masuk ke dalam api neraka yang panas mendidih.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Ayah sebagai pelindung utama anak perempuannya. Segala dosa besar atau kecil anak perempuannya akan ditanggung hinggalah anak perempuannya dinikahi oleh suami.



2. Suaminya

Suami bila dah berkahwin, sangat besar tanggungjawabnya. Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya di mana-mana. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka. Ini dipanggil dayus iaitu tidak marah atau cemburu apabila isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain.



3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak. Maka, sebagai abang, korang wajib untuk membantu mempercepatkan pernikahan adik perempuan korang. Bantu mereka cari calon yang terbaik yang boleh membawanya ke syurga.



4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Memang fitrah wanita suka mengumpat. Kita sebagai anak wajib ingat memperingati antara satu sama lain.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.