1. NABI ADAM
Nabi Adam merupakan manusia pertama yang dijadikan oleh Allah. Baginda dan para Malaikat adalah penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Asal kejadian Nabi Adam adalah daripada tanah. Sebelum kejadian Nabi Adam, Allah telah mengkhabarkan kepada golongan Malaikat bahawa Dia akan menciptakan satu makhluk lain iaitu manusia. Golongan Malaikat mempersoalkan kepada Allah tentang tujuan dijadikan manusia sedangkan mereka yakni golongan Malaikat sentiasa memuji dan bertasbih serta melakukan amal ibadat kepada Nya tanpa henti. Sedangkan manusia yang akan di ciptakan itu hanya akan berbalah, bunuh membunuh, berebut kuasa dan kekayaan dunia sehingga terjadinya kerosakan dan kehancuran di atas muka bumi yang Allah ciptakan itu.
Bagi menghilangkan kekhuatiran para Malaikat itu, Allah berfirman bahawa sesungguhnya Dia mengetahui apa yang tidak ketahui oleh para Malaikat. Setalah itu diciptakanlah Nabi Adam daripada segumpal tanah lalu dibentuk sertaditiupkan roh kedalamnya dan berdiri tegaklah ia sebagai seorang manusia yang sempurna.Setelah itu Allah telah memerintahkan semua makhluk agar sujud menghormati Adam. Malaikat taat akan perintah Allah. Namun begitu Iblis yang juga merupakan penghuni syurga enggan menuruti perintah Allah. Ini kerana mereka menganggap kejadian mereka daripada api adalah jauh lebih mulia daripada kejadian Adam yang dibuat daripada tanah. Perasan sombong menyebabakan Iblis mengingkari perintah Allah.
Allah murka kerana Iblis ingkar akan perintahnya lalu dihukumnya dengan menghalau mereka keluar dari syurga. Allah mengutuk dan melaknat Iblis sehinggalah hari kiamat. Iblis dengan bongkaknya menyahut hukuman itu dengan memohon kepada Allah agar mereka diberikan umur yang panjang. Tujuannya adalah untuk menyesatkan Adam dan semua golongan manusia agar melakukan maksiat dan meninggalkan segala suruhan Allah.
Iblis dihalau dari syurga . Mereka juga akan dibalas oleh Allah dengan balasan neraka jahanan. Mereka tidak akan berjaya menyersatkan hamba Nya yang beriman juga tidak akan goyah dengan pujukan Iblis, walaupun Iblis menggunakan segala kepandaian dalam menghasut dan memfitnah.
Adam telah diberikan pasangan oleh Allah merupakan seorang wanita yang bernama Hawa. Tujuan diciptakan Hawa ialah untuk menjadikan teman kepada Adam yang keseorangan dan kesepian di syurga. Tinggallah Nabi Adam bersama isterinya dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada semua penghuni syurga. Mereka mendapat apa jua keinginan samada buah-buahan,minuman dan lainnya. Namun begitu Allah melarang Nabi Adam dan Hawa memakan buah dari sepohon pokok larangan yang akan menyebabkan mereka akan ditimpa kecelakan jika diingkari.
Iblis yang mengetahui perkara itu cuba menghasut kedua-duanya supaya memakan buah larangan tersebut. Akhirnya dengan tipu dayanya, Iblis telah berjaya memujuk Nabi Adam dan Hawa. Dia menyatakan bahawa jika buah itu dimakan mereka akan mencapai martabat Malaikat dan akan kekal selamanya disyurga. Adam dan Hawa termakan pujukan Iblis. Mereka berdua telah melanggar larangan Allah dengan memakan buah tersebut.
Allah murka kerana mereka berdua melanggar perintah-Nya setelah diberitahu terlebih dahulu akan kejahatan Iblis. Nabi Adam dan Hawa amat menyesal lalu memohon kepada Allah agar diampuni segala dosa yang telah dilakukan. Allah mengampuni dosa keduanya, tetapi mereka tidak boleh lagi tinggal disyurga. Allah telah menghukum mereka berdua dengan dikeluarkan daripada syurgayang penuh kenikmatan itu. Mereka berdua telah diturunkan Allah ke alam dunia dan dari saat itulah berkembang biaknya golongan manusia hinggalah ke hari ini.
No comments:
Post a Comment