2. NABI IDRIS
Nabi Idris merupakan keturunan ke enam daripada Nabi Adam. Nabi Idris juga merupakan keturunan pertama yang dianugerahkan kenabian. Ditugaskan untuk berdakwah kepada penduduk2 di Negeri Mesir.
Antara kepandaian Nabi Idris ialah baginda pandai menulis kalam, mengetahui ilmu bintang, ilmu matematik, menjahit dan menunggang kuda. Baginda banyak mempelajari kitab-kitab yang diturunkan oleh Nabi Adam dan keturunannya. Dia juga merupakan manusia pertama yang pandai menggunakan gunting dan menjahit pakaian.
Nama Nabi Idris yang sebenar ialah Akhnuh. "Idris" ialah gelaran kerana baginda banyak mempelajari sahifah iaitu merupakan pengajaran-pengajaran dari Nabi Adam. Nabi Idris mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga digelar "Asadul Usud" yang bererti Singa Daripada Segala Singa. Gelaran ini diberikan kepada beliau kerana keberaniannya memerangi manusia yang menderhakai kepada Allah. Baginda juga merupakan hamba yang amat taat kepada segala perintah Allah sehinggakan Allah memberikan kepadanya darjat yang tinggi.
Nabi Idris mempunyai keinginan untuk melihat alam ghaib ciptaan Allah. Allah memperkenankan keinginan dengan dibenarkan dibawa naik ke alam langit. Ini dibuktikan daripada Isra' dan Mikraj bersama-sama Jibril, telah bertemu dengan Nabi Idris yang menyambut mereka di sana.
Antara nasihat-nasihat Nabi Idris kepada umatnya ialah supaya mereka banyak bersabar dan sentiasa bermuhasabah diri. Kita juga hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dengan ikhlas. Nabi Idris mengajar kita supaya bersyukur atas kesenangan kita ini. Baginda wafat ketika berumur 82 tahun.
No comments:
Post a Comment