Sunday, September 23, 2012

12 PAHALA HANYA UNTUK WANITA

12 PAHALA HANYA UNTUK WANITA 

1. Seorang wanita yang soleh lebih baik daripada 70 orang wali atau pria soleh, tetapi seorang yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada seribu lelaki yang buruk akhlaknya.

2. Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah, ia akan mendapat pahala separuh dari pahala jihad.

3. Seorang wanita yang sedang hamil, lalu ia menjalankan solat 2 rakaat maka kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.


4. Seorang wanita yang meninggal dunia dalam waktu pantang 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala seperti halnya seorang laki-laki gugur syahid.

5. Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, bahkan memujuknya, ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

6. Jika malam hari seorang wanita tidak dapat tidur menguruskan anaknya yanng sakit, Allah akan memberikannya ganjaran sepadan dengan usaha memerdekakan 20 orang budak.

7. Seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusui anaknya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah selama 12 tahun.

8. Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berzikir, Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar Kaabah.

9. Seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah, dan ia ikhlas untuk menanggung penderitaan kerana ditinggal suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya, dan waniata itu menanti di pintu syurga.

10. Seorang wanita yang memerah susu dan diawali dengan kalimat "Bismillahirrahmannirrahim", maka Allah akan memberikan keberkatan rezeki bagi penduduk rumah tersebut.

11. Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, dan menjaga amanah suami, maka Allah akan memasukkannya ke syurga dari pintu mana saja yang ia suka.

12. Ketika nanti di syurga, semua penghuni syurga akan menenmui Allah dengan frekuensi tergantung dari kuantiti dan kualiti amalnya di dunia. Tapi bagi seorang wanita yang memelihara dirinya dari pandangan laki-laki yang bukan mahramnya, Allah sendiri yang akan menemuinya. Namun jika wanita itu memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat, Allah akan mengutuk wanita itu.

Saturday, September 22, 2012

KISAH 25 RASUL ( NABI HUD)

4. NABI HUD

Nabi Hud merupakan keturunan ke-9 daripada Nabi Nuh.  Nabi Hud berasal daripada keluarga yang dihormati dan berpengaruh serta berakhlak mulia, bijaksana dan berbudi luhur yang menyebabkan baginda terkenal sejak kecil lagi. Nabi Hud diperintahkan oleh Allah  untuk menyeru kaum Aad yang semakin leka dan alpa daripada ajaran Allah kerana tergoda dengan kemewahan dunia.

Kaum Aad terkenal kerana memiliki kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah. Mereka mempunyai kebun yang luas dan hasil tani yang banyak. Mereka juga mahir membina bangunan-bangunan yang indah dan mempunyai rumah serta istana yang besar.

Disebabkan kemewahan itu kaum Aad lupa dan lalai akan segala perintah Allah. Mereka lupa bahawa semua kemewahan itu adalah datangnya dari Allah. Mereka sebaliknya ingkar dan menderhaka dengan menyembah berhala dan batu sebagai tuhan-tuhan mereka.

Nabi Hud sentiasa menyeru kaumnya agar menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan berhala. Baginda menyeru kaumnya agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun begitu kaum Aad tetap sombong dan bongkak serta menolak akan segala seruan Nabi Hud. Mereka menganggap semua kekayaan dan kemewahan itu adalah daipada usaha mereka sendiri. Nabi Hud tetap bersabar dalam mengajak kaumnya ke jalan Allah.

Selama beratus tahun lamanya kaum Aad ingkar kepada perintah Allah, cuma sebahagian kecil sahaja daripada umatnya itu yang beriman. Akhirnya Allah menurunkan laknat dan bala kepada mereka. Allah turunkan angin kencang yang amat dahsyat sekali menyebabkan semua kaum Aad yang kufur bertempiaran lari menyelamatkan diri, namun tiada apa yang dapat menyelamatkan mereka daripada ancaman Allah walaupaun mereka bersembunyi didalam rumah-rumah mereka mewah itu.

Setelah keadaan cuaca kembali aman, tinggallah Nabi Hud dan pengikut-pengikutnya yang beriman kepada Allah  sahaja yang terselamat dari ancaman itu.Mereka semua berpindah ke Hadramaut dan memulakan kehidupan baru disana dengan kehidupan yang penuh keimanan kepada Allah. Nabi Hud tinggal disitu sehinggalah baginda wafat.


Wednesday, September 19, 2012

KISAH 25 RASUL (NABI NUH)

3. NABI NUH

Nabi Nuh  merupakan keturunan yang ke 10 daripada Nabi Adam. Nabi Nuh diutuskan oleh Allah untuk menjadi rasul kepada penduduk di negeri Armenia yang telah ingkar kepada  perintah Allah selama beratus tahun lamamnya. Namun begitu hanya  segelintir sahaja yang menyahut seruan baginda yang mana  mereka terdiri daripada golongan yang miskin dan bawahan.

Ramai dari kaum Nabi Nuh yang mengejeknya dengan kata-kata yang kesat. Nabi Nuh sebaliknya menyeru kaumnya tentang balasan dan azab Allah kepada mereka yang ingkar. Namun begitu mereka tetap berdegil dan menentang segala ajaran yang disampaikan serta tidak menghormati kenabian Nuh dengan menuduhnya seorang yang pembohong dan pendusta.Malah mereka berani mencabar Nabi Nuh agar diturunkan azab sebagaimana yang dikatakan.

Pada suatu hari Allah memerintahkan Nabi Nuh membina sebuah bahtera yang besar. Nabi Nuh dan pengikutnya mulalah mengumpulkan bahan-bahan untuk pembinaan sebuah bahtera. Mereka tekun bekerja siang dan malam bagi menyiapkan pembinaan bahtera tersebut. Pembinaan dijalankan di sebuah tempat yang jauh bagi mengelakkan gangguan daripada kaumnya yang derhaka.

Apabila kaum Nabi Nuh yang ingkar itu mengetahui tentang kegiatan Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya, mereka mulalah mencemuh , mengejek dan mentertawakan  Nabi Nuh kerana membina bahtera yang jauh dari pantai. Bermacam-macam gangguan,ejekan, cemuhan dan olokan yang dibuat mereka, namun begitu Nabi Nuh dan pengikutnya tetap bersabar menyiapkan bahtera tersebut.

Nabi Nuh sebaliknya menerima segala ejekan itu dengan senyuman sambil mengingatkan mereka akan janji Allah dan tujuan bahtera itu dibina. Setelah bahtera itu siap dibina, Allah memerintahkan Nabi Nuh  agar bersiap sedia bersama-sama pengikutnya yang beriman. Allah juga memerintahkan Nabi Nuh membawa bersama sepasang daripada setiap jenis binatang yang ada ke dalam bahtera tersebut.

Pada suatu hari berlakulah satu banjir besar dan dahsyat melanda muka bumi. Air naik dengan cepatnya, disusuli dengan ribut dan angin kencang hinggakan seluruh kota dan desa samada yang rendah mahupun yang tinggi habis ditengelami air. Tiada tempat untuk berlindung hinggakan bukit bukau sekalipun semuanya ditengelami air. Hanya Nabi Nuh beserta isi kandungan bahteranya sahaja yang selamat.

Binasalah semua kaum Nabi Nuh yang ingkar itu ditengelami banjir besar. Kemudian dengan tiba-tiba air pun mulalah beransur surut diserap ke dalam bumi. Terdamparlah bahtera Nabi Nuh diatas sebuah bukit yang bernama Bukit Judi. Maka turunlah semua pengikut Nabi Nuh yang beriman kepada Allah bersama pasangan makhluk dari atas bahtera dan memulakan hidup mereka yang baru. Nabi Nuh hidup selama 950 tahun dan seluruh hidupnya digunakan untuk berdakwah kepada jalan Allah.







Tuesday, September 18, 2012

KISAH 25 RASUL (NABI IDRIS)

2. NABI IDRIS

Nabi Idris merupakan keturunan ke enam daripada Nabi Adam. Nabi Idris juga merupakan keturunan pertama yang dianugerahkan kenabian. Ditugaskan untuk berdakwah kepada penduduk2 di Negeri Mesir.

Antara kepandaian Nabi Idris ialah baginda pandai menulis kalam, mengetahui ilmu bintang, ilmu matematik, menjahit dan menunggang kuda. Baginda banyak mempelajari kitab-kitab yang diturunkan oleh Nabi Adam dan keturunannya. Dia juga merupakan manusia pertama yang pandai menggunakan gunting dan menjahit pakaian.

Nama Nabi Idris yang sebenar ialah Akhnuh. "Idris" ialah gelaran kerana baginda banyak mempelajari sahifah iaitu merupakan pengajaran-pengajaran dari Nabi Adam. Nabi Idris mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga digelar "Asadul Usud" yang bererti Singa Daripada Segala Singa. Gelaran ini diberikan kepada beliau kerana keberaniannya memerangi manusia yang menderhakai kepada Allah. Baginda juga merupakan hamba yang amat taat kepada segala perintah Allah sehinggakan Allah memberikan kepadanya darjat yang tinggi.

Nabi Idris mempunyai keinginan untuk melihat alam ghaib ciptaan Allah. Allah memperkenankan keinginan dengan dibenarkan dibawa naik ke alam langit. Ini dibuktikan daripada Isra' dan Mikraj bersama-sama Jibril, telah bertemu dengan Nabi Idris yang menyambut mereka di sana.

Antara nasihat-nasihat Nabi Idris kepada umatnya ialah supaya mereka banyak bersabar dan sentiasa bermuhasabah diri. Kita juga hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dengan ikhlas. Nabi Idris mengajar kita supaya bersyukur atas kesenangan kita ini. Baginda wafat ketika berumur 82 tahun.

KISAH 25 RASUL (NABI ADAM)

1. NABI ADAM

Nabi Adam merupakan manusia pertama yang dijadikan oleh Allah. Baginda dan para Malaikat adalah penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Asal kejadian Nabi Adam adalah daripada tanah. Sebelum kejadian Nabi Adam, Allah telah mengkhabarkan kepada golongan Malaikat bahawa Dia akan menciptakan satu makhluk lain iaitu manusia. Golongan Malaikat mempersoalkan kepada Allah tentang tujuan dijadikan manusia sedangkan mereka yakni golongan Malaikat sentiasa memuji dan bertasbih serta melakukan amal ibadat kepada Nya tanpa henti. Sedangkan manusia yang akan di ciptakan itu hanya akan berbalah, bunuh membunuh, berebut kuasa dan kekayaan dunia sehingga terjadinya kerosakan dan kehancuran di atas muka bumi yang Allah ciptakan itu.

Bagi menghilangkan kekhuatiran para Malaikat itu, Allah berfirman bahawa sesungguhnya Dia mengetahui apa yang tidak ketahui oleh para Malaikat. Setalah itu diciptakanlah Nabi Adam daripada segumpal tanah lalu dibentuk sertaditiupkan roh kedalamnya dan berdiri tegaklah ia sebagai seorang manusia yang sempurna.Setelah itu Allah telah memerintahkan semua makhluk agar sujud menghormati Adam. Malaikat taat akan perintah Allah. Namun begitu Iblis yang juga merupakan penghuni syurga enggan menuruti perintah Allah. Ini kerana mereka menganggap kejadian mereka daripada api adalah jauh lebih mulia daripada kejadian Adam yang dibuat daripada tanah. Perasan sombong menyebabakan Iblis mengingkari perintah Allah.

Allah murka kerana Iblis ingkar akan perintahnya lalu dihukumnya dengan menghalau mereka keluar dari syurga. Allah mengutuk dan melaknat Iblis sehinggalah hari kiamat. Iblis dengan bongkaknya menyahut hukuman itu dengan memohon kepada Allah agar mereka diberikan umur yang panjang. Tujuannya adalah untuk menyesatkan Adam dan semua golongan manusia agar melakukan maksiat dan meninggalkan segala suruhan Allah.

Iblis dihalau dari syurga . Mereka juga akan dibalas oleh Allah dengan balasan neraka jahanan. Mereka tidak akan berjaya menyersatkan hamba Nya yang beriman juga tidak akan goyah dengan pujukan  Iblis, walaupun Iblis menggunakan segala kepandaian dalam menghasut dan memfitnah.

Adam telah diberikan pasangan oleh Allah merupakan seorang wanita yang bernama Hawa. Tujuan diciptakan Hawa ialah untuk menjadikan teman kepada Adam yang keseorangan dan kesepian di syurga. Tinggallah Nabi Adam bersama isterinya dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada semua penghuni syurga. Mereka mendapat apa jua keinginan samada buah-buahan,minuman dan lainnya. Namun begitu Allah melarang Nabi Adam dan Hawa memakan buah dari sepohon pokok larangan yang akan menyebabkan mereka akan ditimpa kecelakan jika diingkari.

Iblis yang mengetahui perkara itu cuba menghasut kedua-duanya  supaya memakan buah larangan tersebut. Akhirnya dengan tipu dayanya, Iblis telah berjaya memujuk Nabi Adam dan Hawa. Dia menyatakan bahawa jika buah itu dimakan mereka akan mencapai martabat Malaikat dan akan kekal selamanya disyurga. Adam dan Hawa termakan pujukan Iblis. Mereka berdua telah melanggar larangan Allah dengan memakan buah tersebut.

Allah murka kerana mereka berdua melanggar perintah-Nya setelah diberitahu terlebih dahulu akan kejahatan Iblis. Nabi Adam dan Hawa amat menyesal lalu memohon kepada Allah agar diampuni segala dosa yang telah dilakukan. Allah mengampuni dosa keduanya, tetapi mereka tidak boleh lagi tinggal disyurga. Allah telah menghukum mereka berdua dengan dikeluarkan daripada syurgayang penuh kenikmatan itu. Mereka berdua telah diturunkan Allah ke alam dunia dan dari saat itulah berkembang biaknya golongan manusia hinggalah ke hari ini.






Wednesday, September 12, 2012

Muhammad Al-Fateh siri 1(Permulaan)

PERMULAAN

Cerita mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh sudah berada di semua negara lebih-lebih lagi Empayar Rom.Saya ingin bercerita sedikit kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Konstatinopel atau sekarang Istanbul.

Mungkin bersiri kerana ceritanya agak panjang.
Ceritanya begini........

Konstantinopel ialah ibu negara Empayar Rom... Ia berada diantara Eropah dan Asia. Napoleon Bonaparte pernah berkata "sesiapa yang menguasai Konstantinopel, pasti ia akan menguasai dunia."Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Konstantine memindahkan ibu kotanya ke Konstantinopel yang asalnya Rom ialah ibu kota pada tahun 330 Masihi. Ekoran daripada itu, Rom berpecah belah. Satu Kristian Katolik dan satu lagi bangsa Konstantinopel Kristian Ortodoks.

Kerajaan Rom Timur meliputi tenggara Eropah,asia kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau Meditrranian dan pulau-pulau di Corsisa dan Sicily. masa itu Rom maju dengan perdagangan. Mereka membina gereja Aya Sophia satu bangunan yang paling luar biasa cantiknya. Bangunan ini dengan batu emas, perak dan permata. Lukisan pada dinding dang silingnya sangat indah.

Kerajaan Byzantium sering mengancam Islam. Nabi Muhammad SAW pernah mengutus surat kepada Maharaja Rom tetapi dikoyakkan oleh beliau. baginda berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Kota Konstantinoprl akan jatuh ke tangan Islam dengan syarat, ia ditawan oleh pemerintah yang baik, mempunyai askar yang baik dan bersama dengan rakyat-rakyat yang baik." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Kerana itu usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Selepas itu Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan. Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1435 Masihi barulah berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sebelum itu, Sultan Beyazid cuba menawan kota tersebut sebanyak 3 kali namun usahanya gagal. Pada tahun 1402 terjadi pertempuran antar 200,000 tentera Mongol yang dipimpin Timurlime dengan 80,000 tentera Usmaniah yang berkesudahan Usmaniah kalah dan Sultan Beyazid dikurung di sangkar besi lalu diarak ke san ke mari oleh mereka. Lalu Sultan Beyazid mangkat kerana menderita di dalam kurungan.

Sultan Beyazid digantikan oleh putera beliau iaitu Sultan Sulaiman(1403-1411). Sultan Musa(1411-1413) dan Sultan Mehmed Halabi (1413-1421). Dan seterusnya Sultan Murad 11, ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopal (Adana) sebagai ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya untuk menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijr

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam Keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dan Asia.Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum negara Islam, bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia pernah berusaha menawannya tapi tidak berjaya. Umat Islam berjaya menawan kota tersebutu kerana percaya akan hadis Nabi Muhammad SAW.

Abu Ayub Al-Ansari syahid dan dikebumikan di tepi benteng Konstantinopel. Selepas hampir 800 tahun hadis itu disebut, baru ia menjadi kenyataan oleh Muhammad Al-Fateh yang digelar "Sang Penakluk" dan "sebaik-baik raja dengan sebaik-baik askar dan dibantu oleh sebaik-baik rakyat"


bertemu lagi di Muhammad Al-Fateh siri 2.

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.




       

                 


                   

Tuesday, September 11, 2012

Tips ketika anak menghadapi peperiksaan

Selamat datang ke blog saya yang baru dibuat... ^-^
Ini blog pertama saya seumur hidup saya..Saya ingin menceritakan tentang peperiksaan UPSR nanti..  

Ada beberapa tips di sini:

1. Ambil wudhuk.

2. Menghadap kiblat.

3. Baca syahadah 3 kali.

4. Al-Fatihah 1 kali.

5. 3 Qul 1 kali.

6. Surah Al-Insyirah 1 kali.

7. Selawat ke atas nabi 10 kali.

8. Baca Surah Yassin 1 kali.

9. Surah Al-Insyirah 100 kali.

10. Niat kepada ALLAH supaya dipermudahkan anak membuat ujian itu. INSYAALLAH.